NOTA KESELURUHAN CERPEN AIR MATA DALANG
AIR MATA DALANG (Rahimidin zahari)
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Pak Yasok yang meminati wayang
kulit. Pak Yasok mempunyai 3 orang iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Pak
Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Dia juga pandai bermain beberapa
alatan muzik dan pandai membuat patung wayang kulit. Pak Yasok tinggal bersama
isterinya iaitu Mak Esah di kampungnya. Pak Yasok sangat terasa hati dengan
kata-kata menantunya iaitu Faezah. Menantunya tidak suka dengan pekerjaan yang
dilakukan oleh Pak Yasok dan menanggap pekerjaan Pak Yasok berdosa. Suatu hari
Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk mempelajari ilmu
pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Selama tiga bulan Nora belajar ilmu
pedalangan dari Pak Yasok. Setelah Nora benar-benar mewarisi ilmu pendalangan,
Pak Yasok membuat upacara memperlimaukan anak muridnya. Semua orang kampung
termasuk ayah, mak Nora dan anak-anak Pak Yasok datang melihat
upacara tersebut.
TEMA
Tradisi
wayang kulit semakin dipinggirkan masyarakat.
PERSOALAN
1. Persoalan
tentang warisan wayang kulit yang semakin dipinggir.
Warisan wayang kulit semakin dipinggir. Sudah berpuluh
murid Pak Yasok mempelajari ilmu tersebut namun tiada sesiapa pun meneruskan
tradisi tersebut.
2. Persoalan
tentang kerinduan cucu terhadap datuk dan neneknya.
Cucu Pak
Yasok selalu menelefon Pak Yasok dan Mak Esah bertanyakan tentang kesihatan
datuk dan nenek mereka.
3. Persoalan
tentang kegigihan mencari rezeki.
Nora dari
Kuala Lumpur gigih mempelajari ilmu pendalangan daripada Pak Yasok selama 3
bulan.
GAYA BAHASA
1. Personafikasi
> Patung Bola yang garang dan jahat itu
diangkatnya. (m/s 77)
> Matahari yang masih malu-malu
itu memercikkan sinar cahaya kecil yang jatuh di
atas daun-daun yang masih lembap dan basah.
(m/s 80)
2. Metafora
> Tangan tua Pak Yasok berhenti
memahat, tiba-tiba air matanya berkaca. (m/s 77)
3. Sinkof
> Yang tak ada itulah, kita
kena adakan, pak cik.” (m/s 81)
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Pak Yasok
- Mempunyai 3 orang anak.
- Mahir dalam membuat patung wayang
kulit.
- Meminati wayang kulit.
- Mudah terasa hati.
- Merupakan tok dalang wayang kulit.
- Mencari rezeki dengan menjadi
pengukir patung wayang kulit dan menjadi tok dalang.
- Peramah.
- Tidak kedekut ilmu.
2. Nora
- Tinggal dan belajar di Kuala
Lumpur.
- Membuat kajian mengenai wayang
kulit.
- Gigih menuntut ilmu.
- Belajar ilmu pedalangan daripada
Pak Yasok.
- Pandai Menari.
- Rajin belajar ilmu pendalangan
setiap hari.
3. Faezah
- Menantu kepada Pak Yasok.
- Isteri kepada Ustaz Sauki.
- Tidak suka anaknya menjadi tok
dalang.
- Menganggap pekerjaan Pak Yasok
berdosa.
- Malu dengan Pak Yasok.
PLOT
1. Permulaan
Pak Yasok merupakan tok dalang wayang kulit. Pak Yasok
mempunyai 3 orang anak iaitu ustaz Sauki, Sulida dan Naemah. Dia tinggal
bersama dengan isterinya Mak Esah di kampuang. Menantunya iaitu Faezah tidak
menyukai anak-anaknya tinggal bersama dengan Pak Yasok kerana dia tidak suka
anaknya mengikuti jejak Pak Yasok sebagai tok dalang.
2. Perkembangan
Pak Yasok pandai dalam mengukir patung wayang kulit
dan bermain alatan muzik. Antara alatan muzik yang Pak Yasok pandai bermain
iaitu gendang ubi, gendang anak, tetawak dan kesi. Pak Yasok akan memahat
belulang patungnya di meja kerjanya. Pak Yasok percaya kepada petua-petua
pendalangan yang dipelajarinya melalui guru wayangnya, iaitu Dalang Tok Ali.
3. Perumitan/ konflik
Pak Yasok amat terasa hati dengan kata-kata menantunya
iaitu Faezah yang mengatakan bahawa pekerjaan yang Pak Yasok buat berdosa. Pak
Yasok amat terasa dengan penghinaan tersebut menyebabkan Pak Yasok marah
terhadap menantunya. Faezah pula amat malu akan perbuatannya itu sehinggakan
tiap kali cuti dia tidak pernah pulang ke rumah mentuanya.
4. Klimaks
Nora dari Kuala Lumpur datang ke rumah Pak Yasok untuk
menuntut ilmu pendalangan bagi melengkapkan kajiannya. Selama 3 bulan Nora
belajar segala ilmu yang diperturunkan oleh Pak Yasok kepadanya.
5. Peleraian
Setelah 3 bulan Nora menuntut ilmu pendalangan
tersebut, Pak Yasok membuat malam memperlimaukan anak muridnya. Semua orang
kampung hadir untuk melihat sendiri upacara tersebut dilakukan termasuklah ibu
bapa Nora. Anak-anak Pak Yasok juga pulang ke kampung termasuklah menantu
Faezah yang sesampainya terus menyalami tangan Pak Yasok.
LATAR
•Latar Tempat
•- Di atas beranda rumah
tua perabung lima
•- Serambi rumah Pak Yasok
•- Meja kerja Pak Yasok
•- Bangsal wayang
•- Halaman umah
•Latar Masa
•-
Sewaktu hujan turun tanpa henti
•- Selepas solat Isyak
•- Sewaktu cuti
•- Beberapa minit kemudian
•-Setiap hari selama 3 bulan
•- Malam memperlimau
•Latar Masyarakat
•- Masyarakat yang meminati wayang kulit
•- Masyarakat kampung
•- Masyarakat bandar
•- Masyarakat yang menghormati orang
tua
•- Masyarakat yang mementingkan
agama
TEKNIK PLOT
Pemerian
Hujan turun tanpa hentinya. Air mula
berladung di mana-mana. Pak Yasok kesejukan di atas beranda rumah tua perabung
lima. Hujan terus turun dan turun tanpa ada petanda akan berhenti.
Imbas kembali
Dia teringatkan kata-kata menantunya
yang ustazah itu.
“Ayah berhentilah buat kerja yang
sia-sia ini, ayah. Patung wayang yang ayah buat tu akan minda nyawa di akhirat
kelak. Kerja ayah ini kerja dosa...
Monolog dalaman
Siapakah yamg ke mari dalam hujan-hujan
begini? Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok.
Monolog
“Sauki pun tak patut membiarkan
isterinya yang menasihati aku, bisik Pak Yasok.
‘Ah, lamunanku terlalu jauh,’ getus
Pak Yasok.
Dialog
“Nora nak jadi dalang?”
“Ya, kalau pak cik sanggup mengajarnya.”
NILAI
1. Nasihat
2. Kasih sayang
3. Hormat menghormati
4. Berkongsi ilmu
MESEJ DAN PENGAJARAN
1. Kita hendaklah pandai menasihati
orang lain agar tidak mengguriskan perasaan mereka.
2. Kita mestilah gigih menuntut ilmu
demi masa depan kita.
3. Kita mestilah mempunyai sifat
kasih sayang terhadap ibu bapa.
4. Kita seharusnya berkongsi ilmu
yang ada pada diri kepada orang lain.
Comments
Post a Comment